Pages

Friday 28 December 2012

Post -.-

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,ada juga masa untuk update sebelum masuk tahun baru.yeaaa !! cuti dah nak habis.dalam kepala ni asyik fikir pasal tugasan yang entah tarikh berapa nak lengkapnya.saya ingat cuti ini,untuk cuti. tapi ticher start bagi tugas, saya orang pertama terkejut . *eeeee,tak baik la* .disebabkan saya lapar,dan perut pon sudah dilapik dengan bantal, *bantal memang penebat tegar laaah!* saya kena taip laju-laju .minggu lepas saya baca satu buku ni,kisah pasal elektrik. habis sahaja baca , terus terjun dari katil dan terus soal google . search, (bagaimana tenaga elektrik terhasil)  .kodek . kodek . kodek . sampai urat jari bersimpul-simpul *tipu* baru jumpa ! nasib jumpa,kalau tak *off wifi. tiduuur -.-* . Nahh !. Menghasilkan Tenaga Elektrik . baca yaa.hihi,suka bagi gaya suprise.

#gambar untuk tatapaan.wkwkwkwk#
@majlis nikah with sepupu ^^ gambar 2 minggu lepas.tapi baru post tadi. tengok gambar ni,teringat pula masa ni makan roti canai.makin lapar -.-
Kebanyakan gambar kami ditangkap oleh photographer professional Hazrin Hashim . Terima kasih :)


Assalamualaikum :)
                                                         

Sunday 16 December 2012

:)

                                                       Assalamualaikum,



waaahh!!makin rajin saya mengupdate .harini saya nak taip pasal cinta lagi la.hihiihi .haritu saya beli buku untuk sem 2, baca . baca . baca . terjumpa pulak tajuk ni * 76% remaja mengetahui pasal seks* . waah!besarnya angka ! kalian mesti pernah mendengar kata-kata ini  ''Tidak salah untuk mengetahui mengenainya,ini menunjukkan hormon kamu berfungsi ! " .Mempunyai keinginan seksual itu adalah normal tetapi ini tidak bermaksud kita harus melakukannya sebelum masanya . jika kita selidik,remaja lebih mengetahui perkara ni daripada internet , bukan? saya nak kongsi pasal benda lain,tapi lain pulak yang dicerita :p

********************************************************************************
Mencari jejaka idaman 
Ia lebih daripada sekadar wajah tampan ataupun senyuman memikat untuk menjadi suami atau teman lelaki yang baik.
Kamu tahu dialah yang sesuai buat kamu apabila :

->Dia menghormati kamu dan perasaan kamu.
->Dia berkomunikasi dengan kamu.
->Dia mementingkan keluarga dan rakan kamu.
->Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu.
->Dia menunjukkan tanggungjawabnya terhadap perhubungan kamu.

(daripada buku *tentang gadis*)
*********************************************************************************

ini sahaja yang saya nak kongsi. hihi . sikit aja pun.

 salam sayang <3

Friday 14 December 2012

KIMIA CINTA

Assalamualaikum,

aummm chiaaak.alhamdulillah,harini saya ada masa untuk menaip diblog.dua hari lepas,saya buka-buka laci untuk mencari saya punya fail. semua saya selongkar, sehingga saya terjumpa sebuah buku ni . buku mengenai gadis , *Tentang gadis* . buku ni saya dapat masa saya mengikuti satu ceramah anjuran kotex. banyak sangat info dalam ni.waktu baru-baru dapat ,saya hanya tengok sekali imbas,baru semalam saya katamkan.kenapa entry tajuknya Kimia cinta? benda ni lebih complicated dari kimia yang saya belajar selama 2 tahun tu tau *Eh? okey,jum belajar kimia :)

"KIMIA CINTA"

Dopamin kata "Saya Gilakan Awak!"
->Jumlah yang kecil boleh memberikan kamu perasaan 'high'.
->Dengan dopamin,kamu mula hilang selera makan.
->Dopamin membuat kamu lebih bertenaga seolah-olah kamu boleh lakukan segala-galanya.

Serotonim kata "Saya angaukan awak!"
Tahap serotonim yang rendah boleh membuatkan kamu kerap memikirkan si dia sepanjang masa.

Oksitosin kata "Saya Pasti Kekal Bersama Awak!"
Oksitosin dibebaskan melalui otak apabila kegilaan dan asmara asyik bercinta bertukar dan perhubungan yang lebih serius mula terbentuk.

KEKALKAH KAMI HINGGA AKHIRNYA?

beza antara cinta dan nafsu :

cinta :
*hadir dengan komitmen dan keserasian mendalam terhadap pasangan.
*tiada tekanan untuk kamu melakukan perkara yang kamu belum bersedia.

nafsu:
*apabila kamu asyik berfikir mengenai aktiviti seksual dengan pasangan.
*fokus terhadap fizikal dan seksual .

thanks to reading :)



Friday 16 November 2012

tahajud cinta :)

assalamualaikum ,


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


aku berjalan kemas,dan menuju ke komputer . ingin menaip blog memerlukan mood yang baik .angin kipas panasonic yang gantung di siling membuatkan aku menjadi lebih selesa untuk menaip panjang diblog. aku membetulkan kedudukan aku,agar menjadi lebih selesa. okey-okey,harini saya nak tulis entry about Toh muda .kenapa tajuk entry tahajud cinta ? saya sukakan benda yang indah-indah dan comel-comel .

8.5.2012,tarikh daftar stpm . saya daftar dijalan tasek . semalamnya, saya berjumpa dengan kaunselor saya ..

*alarh mesti dia bangga ,upload gambar dia * . oh, dia dapat 3 tawaran ,matriks,stpm aliran sains dan diploma in metallurgy engnering. pemilihan yang tepat amat memerlukan sebernanya. untuk masa akan datang kaaan :)

3 minggu saya bersekolah di jalan tasek. 2 minggu sesi orentasi, dan seminggu p&p seperti biasa . sebelum tu,saya ada tanya pada cikgu di jalan tasek, dia kata ''kebiasaannya budak aliran sains can carry akaun'' .. seriuse selepas dia cakap,saya rasa berkeyakinan.minggu hadapannya saya berpindah sekolah . okey ,terima kasih kepada yang memberi hadiah . saya simpan elok-elok .sebelum masuk stpm ,saya dapat tawaran diploma,jika difikir, diploma yang mengambil masa 3 tahun untuk habis, buang masa kaan? 
tanggal 12.6.2012 , heee!!!rasa benci sangat dengan tarikh ni. pendaftaran di sekolah baru. before tu,saya perlu berjumpa dengan pengetua . okey, saya masuk ke ruang biliknya ditemani dengan emak saya . seriuse rasa nak menangis . setiap butir kata yang dikeluarkan sangatlah memedihkan :( before dia bertanya banyak dia tengok saya punya surat permohonan pindah sekolah . dalam tu, ada subjek yang saya ambil . dia sangat membangkang saya ambil akaun :(

dialog ##

she : awak ambil kos akaun? kenapa ambil akaun ? awak takda basic ? awak tahu tak , dalam kelas akaun,semua murid cina, awak mahu ke bersaing dengan mereka

saya terus diam, saya down sangat masa tu, serius kata,air mata dah bertakung. butir-butir putih jernih mengalir,cuma speed die tak tahap maksima. saya badmood ! dia persoalkan soalan tu berkali-kali sehingga soalan yang disoal aku kupaskan dengan sempurna .dan dia bangkang lagi ''awak punya BM dan sej A ,kenapa tak mahu ambil kelas sejarah'' . saya menjawab tenang ''saya lebih meminati kelas akaun cikgu '' . ''maths dengan add maths lain dari akaun awak tahu'' . saya pandang bawah, dan mengeluh panjang.selepas semunya selesai,saya daftar kelas , tapi saya tak continue belajar pon,daftar hari isnin, hari rabu saya masuk kelas . jadi dua hari saya ponteng . petang selasa tu, daftar asrama ,masa daftar ,emak tolong kemas semua . emak sudara pon ada :)  tangkap gambar dengan budak dorm . berkenalan ,sembang-sembang dengan mereka .lepastu hantar emak balik . alahai..masa tu,masa riadah ,seriuse kata lepas emak balik rasa macam tanpa hala tuju . lepas emak balik, saya pergi solat ,then turun balik,sebab tengok dalam dorm takda orang,tak berani tinggal sorang-sorang . turun-turun ,tetembung dengan seorang ni, memang dah tahu dia lower six sebab dia pakai kain hitam . habis riadah pukul 6.6.30 makan . saya bersiap untuk pergi sembahyang maghrib dan pukul 9.30 prep . masa prep ada sesi perkenalan untuk pelajar baru . saya perkenalkan dengan ringkas,yang lain mereka tanya , haih siap tanya result dari upsr lagi yea . minggu pertama tu kami tak balik, sabtu tu emak datang , selepas makan tengah hari , dalam pukul 2.00 petang ,kami pergi ke kelas untuk mengecat , dan dalam pukul 4.30 emak sampai ,hehe ,baru 3 hari masuk asrama. sepanjang duduk asrama , ada sahaja ,boleh dikatakan setiap minggu datang , hantar itu , hantar ini . terima kasih yeaa :) hari ahad minggu pertama,kami pergi masjid ada forum selepas isyak, selesai forum pukul 10.30 malam .minggu hadapan nya sekolah dan balik rumah cuti . minggu berikutnya begitu, 2 minggu balik ,2 minggu balik . minggu berikutnya emak,ayah n adik datang makan tengah hari .ajak kawan makan sekali. tanggal 31.8.2012,tepat jam 12.00 asrama buat ambang merdeka . alahai , serius best sebab ada persembahan dari junior . yang lelaki berlakon jadi perempuan , sangat berbakat ! petang 30.8 tu kami membuat persiapan untuk esoknya ada jamuan hari raya . budak asrama menyediakan bahan untuk masakan . sambil dengar adik khusyairi menyanyi . okey-okey , 3 minggu kami tidak balik, asrama ada buat ''asrama terbuka'' . pertandingan ni bertemakan kemerdekaan dan raya . bertandingan antara dorm . kiranya , ahli dorm bebas ingin buat macam mana . okey ,yang ni memang funny , ada dorm yang tumbangkan locker dan baca yassin ,ala-ala orang meninggal . haha , tapi i think , tak perlu buat sedemikian . dorm saya menang *uoulsss,dorm i menang,first place okey * kami melawat dorm lelaki,okey lebih bertemakan muzium , konsep hari raya tak banyak . dorm saya,saya buat dangau,bentangkan tikar dan hidangkan kuih raya,air dan juga buah,disebelahnya pula kami sandarkan lemang,ala-ala lemang sedang dibakar . dan kami buat satu khemah menggunakan khemah askar,itu tanda perjuangan,ada juga bukan konsep kemerdekaan . sangat enjoy haritu .saya pergi dorm lelaki, ada pulak lelaki ni pakai baju perempuan dan digayakan dengan tudung bawal .seriuse opocoottt.lelaki tu pulak jadi penyambut tetamu.pergi dorm perempuan ni pulak,dia berlakon jadi askar mula-mula dari jauh nampak dia bersembang,dah dekat tiba-tiba mati.aduhai..ada pulak dorm yang buat pengantin.mereka tidak faham syarat-syarat pertandingan. sebenarnya pertandingan ni bukan berdasarkan lakonan,tetapi berdasarkan hiasan dorm .lepas pertandingan dorm,kami ada pertandingan futsall,tapi saya takda story about this,because i tak join. saya outing . saya rasa dorm saya dapat trmpat kedua . dalam awal bulan 9 kalau tak silap,sekolah ada buat jualan.okey .seronok .kami masak burger. tapi time ni kami tak begambar pon . okey , minggu sebelum pmr ,khamis sebelum tu, ramai pelajar perempuan kena histiria . mula-mula budak depan kerusi kena,tapi belum lagi kategori tak sedar,dia cuma tecungap-cungap macam sesak nafas.saya elok hadap dia dengan muka penuh simpati tiba-tiba je menjerit.memang aku menangis kat situ jugak la.seriuse tekejot. time tu dia pon dah meronta-ronta.ramai lagi,tapi saya rasa,lebih baik la selamatkan diri .ehem . ehem .tak suka la kalau perempuan kena macam tu laki tengok .hishh!! minggu sebelum exam tu,kami ada bbQ , semua murid handle n last day jamuan asrama :)

itss all about you, ninja asrama .thank you to eberiting,laksa,burger,lagi-lagi,cummy semua :)

                                                  tulisan cina tu tulis apa? *teka-teka **




*********************************************************************************
sepanjang duduk diasrama ni,berus,pencuci muka hilang i boleh sabar tau youaaalllsss , tiba-tiba cermin mata hilang . seriuse sakit hati . saya rabun teruk ,kalau sikit-sikit ,tak apa laa..sebelum cuti ,baju superman kena peluntur,seriuse rasa sakit hati,bagi pinjam tak hargai :( assalamualaikum,continue lain kali ,lots of love <3



Sunday 1 April 2012

Don't be sad sayang!!

Assalamualaikum

keputusan

       saya luangkan masa hari ini buka blogger.com. .harap boleh post entry . tak nak lah, taip separuh dan simpan didalam draf .

sesudah pegang slip keputusan . suka . duka . kecewa . kenapa ? adakah kerana keputusan yang amat membanggakan ? atau mengecewakan ?

saya duduk dan menjawab tenang, Allhamdulillah . Alhamdulillah . syukur . syukur dan syukur . itu sahaja perkataan yang mampu saya lontarkan untuk menjawab semua soalan yang mereka tanya . bukan kerana tidak mahu berterus terang untuk menjawabnya , tetapi perkataan itulah yang harus saya dahulukan sebelum menulis yang lain.Sehingga harini saya masih menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.

 Mana kaunselor .

 mana kaunselor .

sesudah mendapat keputusan,mata mula mencari-cari . pandang di setiap sudut .kiri dan kanan .depan dan belakang .
arghhh..kecewa :( ..

dirumah . isi borang ini . isi borang itu . sambil mengisi borang ,sambil membalas chatting rakan di facebook.

diolog :

A:jgn malu kerana ckit msalh.
  • mster chef ingat!
  • dar doktor jadi chef.

    Me :hehehe
    • itu doktor
    • kamu fizik gan kimia ape?

      A :
      ex pelajar smktd amek form 6 kt jalan tsek got 4a in stpm

      Me : mak pon cakap ambil form 6
      • kite lemah bi..ketahuilah

        A :
        ha. da ketahui.
        • biasa, mungkin xdpt point or pintu hati xterbuka untuk mnerima bahasa.
        • ingat english hanya bahasa !!!
        • sama sahaja dengan bahasa melayu.
        • pelajarilah english agar kita sebagai islam tidak mudah ditipu.
    • dont be sad

                                                                                 * * * * * * * * * * * * * *    
      status dari perunding motivasi :
      Lupa nak cakap kepada adik-adik SPM2011 yang tak skor,
      janganlah sedih-sedih.
      Abang Hilal dulu dapat 3A jeh kalau nak tahu.
      ----------------------------
      Rendah dalam SPM, tidak mendefinisikan anda.
      Hidup ini luas dan besar,
      jangan sempitkannya semata-mata di lubang SPM.

      Kenali potensi anda,
      dan terokai!
                                                                                * * * * * * * * * * * * * * 

      mungkin jiwa-jiwa itu takut terhadap sesuatu,

      padahal dalam sesuatu itu terdapat jalan keluar seperti


      ikatan tali yang lepas.


      okey.masa tak mengizinkan saya untuk menaip panjang. ayuhhh tidur. jam pon menunjukkan angka 4.10 a.m ..
      kejarlah cita-cita sehingga mencecah ke bintang :)

      jom tidur .



Saturday 24 March 2012

Assalamualaikum,

 Allhamdulillah,aku menyusun sepuluh jari dan menadah tangan,alhamdulillah dengan rezeki yang saya dapat.walaupun target yang saya inginkan tersasar.terima kasih kepada ibu bapa saya,guru-guru dan juga rakan-rakan.mereka semua tanya perasaan sebelum ambil result.haa, ''memang tak ada pon perasaan gementar ni muncul walaupun esok harinya saya akan mengambil keputusan''. entah mengapa,saya pon rasa takut kenapa perasaan gementar tidak wujud langsung..persoalan yang ada difikiran saya hanyalah ''adakah saya ni tak ada perasaan lagi untuk sambung belajar?kenapa perasaan gementar apabila ingin ambil result tidak wujud langsung?''

21/3/2012(keputusan keluar)

pagi2 ,saya dah online facebook,bersembang-sembang,..apabila bnyak status di facebook mengenai result perasaan gementar dah mula datang..kalau saya gementar biasanya berpeluh.habis tangan ni berpeluh-peluh.ingat lagi dulu, ada presentation,sebelum nama panggil berapa kali lah mengucap,tangan pon berpeluh-peluh..tisue pon sampai basah..haaa,nasib baik lah time ambil result tu okey..biasaanya kalau gementar sakit perut,nak buang air kecil semua ada tapi nasib baik lah ni tak ada pulak..tapi stelah dengar kawan2 ramai yang dapat bnyak AAAAAAA nye..rasa macam nak menangis ja..sedangkan saya tak ambil result lagi,buat apa lah nak menangis..haishhh =.=...tengok lah dulu gelagat mereka,tak larat nak berhadapan dengan cikgu tok ambil result,hati ni dah macam ombak menghempas dipantai pula..setelah ambil result,Allhamdullah,memang suatu kejutann..walaupun saya sedih dengan subjek kimia dan fizik..

jika kamu gagal,jangan kecewa,biarkan..kerana yang sudah terjadi tidak boleh diulangi.jika kamu waras,yang masa lalu itu sepatutnya kita simpan dan lipat kemas,ditutup buat selama lamanya dan di kurungkan di dalam penjara kelupaan,diikat dengan gari didalam kurungan yang kuat sehingga ia tidah boleh terlepas.Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya,sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai.Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan,tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan,tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.


:::sumber dari buku don't be sad:::








Friday 2 March 2012

Assalamualaikum,
            
                                                     jam digantung menunjukkan 12.30 a.m...
                                                   
                                                       apabila perasaan ingin menaip wujud,
                                                       hati mula berbicara,
                                                       otak juga mula berfikir,
                                                       entah mengapa,
                                                       betapa hebatnya kuasa pemalas aku untuk menaip,
                                                       akhirnya...
                                                     
                                                   
                                                      
musnira tak tahu ini kajian dari pakar mana..tapi...macam ada kena mengena sahaja musnira lahir bulan 2..hehe..boleh percaya lahh,tapi 90% je..okey..ni saya copy sahaja,bukan kajian dari saya .jom tengok :)

Januari
- Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang 
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
 pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai 
memperlihatkannya.
Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
 terhadapnya
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. 
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
 bila melakukan kerja
Feb
ruari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. 

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. 

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. 

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan. 

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan.Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. 

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya. 


Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan. 

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


anda pula bagaimana?komen sikit :)

Tuesday 28 February 2012

 Assalamualaikum.        

                                                         Buka ini,buka itu,
                                                 tiada yang memberi inspirasi,
                                      tatkala membaca blog mereka yang pelbagai entry,
                                      teringat pula pada karnival tempoh hari,
                                      jadi post di blog bagus juga bukan.
                                             

Hari ini rasaa teringin ingin menaip panjang.Lagipun hujan,sangat seronok la menaip.Mesti banyak ayat yang mencurah keluar dari minda  umpama air hujan yang mencurah-curah ke bumi ini..hehe..Musnira selalu on facebook dan lain-lain,tapi tak tahu menagapa malas sangat nak menaip di blog.Kalau dari pagi bawa ke petang tak ada masa.Sibuk.Tak nak jadi macam blog dulu.Tidak bertuan.Blog baru rasa lebih bersemangat lagi.Tambahan  pula jumlah pengikut blog ini dah meningkat.Terima kasih kalian.Minggu lalu,ada karnival di RTC Gopeng,anjuran Jabatan Kerajaan N.Perak.Kebetulan ada pameran Jom masuk U,jadi kami pon pergi singgah.Sesaknya.Nak cari pakir pon susah.



                                                   buah tangan dari gerai Uitm

Konfius.Ketika di gerai Uitm tempoh hari,bersembang sengan seorang abang dalam lingkungan 20- an.Kebetulan pula dia mengambil kos komunikasi.Saya amat meminati komunikasi.Pelbagai jenis soalan yang ingin ditanya tetapi ianya hanya terapung-apung di kepala umpama tiada tarikan graviti.hihihi. Apabila sudah berjumpa dengan yang pakar,lidah mesti rase terkunci..hehe, (ada pokok emas didalam nya tak pon malu-malu alah dengan abang tu :P)..Arrrggghhh!!!Saya inginkan banyak lagi info yang berkaitan komunikasi ni..Abang tu menerangkan banyak info,tapi info yang masuk dalam kepala ni hanya seciput.Info yang lain semuanya terbang dibawa angin..hihihih..Tak la,sian abang tu,sehinggakan dia seakan-akan menjerit.Gerai UiTM dekat sangat dengan pentas,kebetulan petang tu ada konsert,jadi info-info yang di sampaikan tak berapa jelas,walaupun jarak yang memisahkan hnya 3 jengkal.Ditambah pula dengan perkataan2 pelik yang dicakap,lagi la tambah tak faham..hihi..

PROGAM KARNIVAL


Tarikh   :  18 hingga 19 Februari 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa    :  9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kompleks Terminal Agribisnes Negara (TEMAN), Gopeng
Aktiviti :  Temuduga terbuka pelbagai jawatan, kaunseling kerjaya, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan.

Turut hadir:perdana menteri kita,para wartawan,personaliti tv1,chef liza,dan banyak lagi mungkin.

tak dapat tengok meraka,cuma sempat jumpa dengan chef liza.Dia sedang menjayakan sebuah program masakan mungkin..

                                          berdiri sama tinggi,duduk sama rendah,
                                                 di kedai kasut adidas di JJ pon jadi klik-klik..
                                                    lepas ke karnival ke sini pula .

inginkan info untuk kos komunikasi.sila beri info boleh..?

Wednesday 22 February 2012

AKU IALAH AKU


Subhanallah,itulah yang dikatakan syurga di bawah telapak kaki ibu.Sungguh kagum melihat ibu-ibu yang mampu menahan pelbagai jenis dugaan ketika mengandung.Besarnya jasa mereka jika dibayangkan.Pada tanggal 31.1 Isnin(1994).Emak mengandungkan aku lebih daripada masa yang dijangka.Jika dihitungkan masanya,berkemungkinan 10 hari lebih masanya.Pada 31.1.1994,emak pergi ke hospital untuk pergi chek up,doktor kata, "puan,puan sudah terlebih masa,jadi puan perlu dipaksa untuk bersalin"..itulah kata-kata yang telah dimuntahkan oleh doktor tersebut..Emak telah dimasukkan ke wad.Dengan kuasa Allah,alhamdulillah,emak terasa sakit-sakit ingin bersalin.Emak dihantar ke wad bersalin. uweeeekk!!! uwekk!!! uweeeeekkk!! tangisan pertamaku di dunia ini.Disambut pula dengan tangisan emak kerana terharu dan selamat melahirkan baby "girl" seberat 3.15(jika tidak salah),dilahirkan pada hari selasa,bersamaan 1.2.1994(3.15 a.m),di hospital Teluk Intan.Mengapa di Teluk Intan sedangkan duduk di Ipoh ?Kampung emak di Kampung gajah,kiranya emak memang sudah merancang untuk dalam pantang di kampung :).kalau diikutkan dari Kampung Gajah ke Teluk Intan memang jauh,mengambil masa sekurang kurangnya 45 minit atau lebih.Alhamdulillah,kelahiranku disambut oleh cik puan doktor(x tahu nama) dan dilawati oleh ayah,opah dan atok,opah sedara(opah chu) dan tidak lupa juga kawan kepada opah chu.Subhanallah,sungguh besar jasa ibu.setelah usia ku menjangkau angka 2 bulan,emak menghadiahkan rantai leher(harini pon masih tersangkut di leher).proses pembesaran ku yang membuatkan emakku kagum apabila sudah mula pandai menerap,merangkak,pegang botol susu,duduk,bertatih,mengajuk,dan mula untuk bercakap.Alhamdulillah.pada usia mencecah 3 tahun,perasaan ingin kan sesuatu mesti ada.jadi aku lebih suka untuk berpenampilan seperti lelaki.Aku memiliki seorang abang,dan suka untuk mengikut gaya penampilan nya.Bagaimana abang berpakaian,begitulah juga aku.Aku lebih selesa pakai seluar jeans dipadankan dengan kemeja T jenis lelaki,digayakan dengan sandal bergambar 'spiderman'dan pelbagai.Jika diikutkan,baju perempuan didalam almari hanya ada beberapa sahaja,mujur tidak suka pakai baju melayu..aku juga tidak suka untuk mencalit-calitkan bedak atau apa-apa jenis produk di muka..gaya aku yang suka berambut pendek,lincah berbasikal ke hulu dan ke hilir,main aci kejar,'police tan three'..jika diingatkan balik memang sangat kelakar.aku duduk di rumah taman,kiranya tiada hutan dan tak banyak pokok-pokok,hanya sekadar pokok bunga yang menghiasi.susah untuk bernyorok,dan jika menyorok di antara pokok-pokok bunga,mesti mudah untuk di cari,sudahlah terang dengan cahaya matahari,ditambah pula dengan hati yang terang,memang mudah untuk kantoi..jadi aku lebih gemar menyorok di dalam longkang..apabila berada dalam tu,mesti susah untuk mengesan bukan..aku memang rapat dengan jiran-jiran sini,kami main sama-sama,jarak umur pon lebih kurang shaje,muda 2 tahun,tua 2 tahun.hari meniti hari,usia ku mencecah 9 tahun aku sudah mula suka pakai pakaian yang ada cetakan-cetakan bunga,gaun dan lain2..shingga sekarang sudah menjadi fanatik sangat dengan skirt,gaun,blaus tergantung kat pasaraya-pasaraya.sungguh indah :) alhamdulillah .

ratu hati <3


mista mustafa (ayahku).

mustaqim,abangku (hero)

musta'azim(adikku)hero kedua

agar aku menjadi insan yang berguna ,aminnn :)