Pages

Wednesday, 22 February 2012

AKU IALAH AKU


Subhanallah,itulah yang dikatakan syurga di bawah telapak kaki ibu.Sungguh kagum melihat ibu-ibu yang mampu menahan pelbagai jenis dugaan ketika mengandung.Besarnya jasa mereka jika dibayangkan.Pada tanggal 31.1 Isnin(1994).Emak mengandungkan aku lebih daripada masa yang dijangka.Jika dihitungkan masanya,berkemungkinan 10 hari lebih masanya.Pada 31.1.1994,emak pergi ke hospital untuk pergi chek up,doktor kata, "puan,puan sudah terlebih masa,jadi puan perlu dipaksa untuk bersalin"..itulah kata-kata yang telah dimuntahkan oleh doktor tersebut..Emak telah dimasukkan ke wad.Dengan kuasa Allah,alhamdulillah,emak terasa sakit-sakit ingin bersalin.Emak dihantar ke wad bersalin. uweeeekk!!! uwekk!!! uweeeeekkk!! tangisan pertamaku di dunia ini.Disambut pula dengan tangisan emak kerana terharu dan selamat melahirkan baby "girl" seberat 3.15(jika tidak salah),dilahirkan pada hari selasa,bersamaan 1.2.1994(3.15 a.m),di hospital Teluk Intan.Mengapa di Teluk Intan sedangkan duduk di Ipoh ?Kampung emak di Kampung gajah,kiranya emak memang sudah merancang untuk dalam pantang di kampung :).kalau diikutkan dari Kampung Gajah ke Teluk Intan memang jauh,mengambil masa sekurang kurangnya 45 minit atau lebih.Alhamdulillah,kelahiranku disambut oleh cik puan doktor(x tahu nama) dan dilawati oleh ayah,opah dan atok,opah sedara(opah chu) dan tidak lupa juga kawan kepada opah chu.Subhanallah,sungguh besar jasa ibu.setelah usia ku menjangkau angka 2 bulan,emak menghadiahkan rantai leher(harini pon masih tersangkut di leher).proses pembesaran ku yang membuatkan emakku kagum apabila sudah mula pandai menerap,merangkak,pegang botol susu,duduk,bertatih,mengajuk,dan mula untuk bercakap.Alhamdulillah.pada usia mencecah 3 tahun,perasaan ingin kan sesuatu mesti ada.jadi aku lebih suka untuk berpenampilan seperti lelaki.Aku memiliki seorang abang,dan suka untuk mengikut gaya penampilan nya.Bagaimana abang berpakaian,begitulah juga aku.Aku lebih selesa pakai seluar jeans dipadankan dengan kemeja T jenis lelaki,digayakan dengan sandal bergambar 'spiderman'dan pelbagai.Jika diikutkan,baju perempuan didalam almari hanya ada beberapa sahaja,mujur tidak suka pakai baju melayu..aku juga tidak suka untuk mencalit-calitkan bedak atau apa-apa jenis produk di muka..gaya aku yang suka berambut pendek,lincah berbasikal ke hulu dan ke hilir,main aci kejar,'police tan three'..jika diingatkan balik memang sangat kelakar.aku duduk di rumah taman,kiranya tiada hutan dan tak banyak pokok-pokok,hanya sekadar pokok bunga yang menghiasi.susah untuk bernyorok,dan jika menyorok di antara pokok-pokok bunga,mesti mudah untuk di cari,sudahlah terang dengan cahaya matahari,ditambah pula dengan hati yang terang,memang mudah untuk kantoi..jadi aku lebih gemar menyorok di dalam longkang..apabila berada dalam tu,mesti susah untuk mengesan bukan..aku memang rapat dengan jiran-jiran sini,kami main sama-sama,jarak umur pon lebih kurang shaje,muda 2 tahun,tua 2 tahun.hari meniti hari,usia ku mencecah 9 tahun aku sudah mula suka pakai pakaian yang ada cetakan-cetakan bunga,gaun dan lain2..shingga sekarang sudah menjadi fanatik sangat dengan skirt,gaun,blaus tergantung kat pasaraya-pasaraya.sungguh indah :) alhamdulillah .

ratu hati <3


mista mustafa (ayahku).

mustaqim,abangku (hero)

musta'azim(adikku)hero kedua

agar aku menjadi insan yang berguna ,aminnn :)

4 comments:

  1. Amin..semoga sis menjadi wanita yg dpt berjasa pada keluarga dan menjadi wanita yg solehah..^.^

    ReplyDelete