Pages

Sunday 7 February 2016

Umrah Ziarah Cairo.

Assalamualaikum.buat ape tewwww??

ok korang baca tajuk pun korang dah tahu aku nak update ape kan? sebenarnya dah sebulan lebih aku balik.

 "haa? sebulan lebih!!"

" yeaa cik kiahh."

Sebelum setahun, lebih baik aku post cepat2. nanti "eh, apa nama tempat aku pergi haritu" .haaa, sebelum problem ni ade cepat cepat abadikan dalam blog. gittuww. aku akan post part by part ok. harini part 1. entah setahun lagi part 2.ahakss

Part 1 aku nak cerita pasal preparation nak kesana je. Act, emak dan ayah aku rancang nak
menunaikan umrah ni dah lama. lepas aku habis STPM lagi. Tahun 2015 baru sampai seru. :P

Memang biasa sebelum pergi, orang mesti google travelog umrah semua kann? haa, samalaa macam aku. Sampai page yg ke 10 kat goole tu aku bace. Dalam you tube pun ada, tetapi pada aku, aku suke lagi baca di google feel dia lain macammm  . Video kursus umrah di you tube aku suggest korang tengok kursus dari Ust.Hariyanto. Dia explain details. Aku pergi jugak kursus umrah.. Aku tak ambil pakej dengan Andalusia, tapi aku join kursus dengan Andalusia. hahaha. Kat sana setiap ahad mesti diorang buka untuk siapa2 yang nak dengar kursus umrah. Jangan risau free je. Datang setiap minggu pun boleh :)

Dalam bulan 10 macamtu baru aku ready kan dokumen untuk mohon visa. rumit jugak yea. Benda yang perlu ada untuk mohon visa, mesti la gambar visa. ok nak tangkap gambar visa ni, tudung kena hitam. Yg aku tak tahu, best pakai tudung warna fav Dato Vida lagiii gituww. orang tu pun bukan nak bagi tau, pftttt. -.- dokumen kedua salinan sijil lahir dan kad pengenalan. dokumen ketiga salinan sijil lahir dan kad pengenalan mahram. Yg salinan sijil lahir dan kad pengenalan ni kena cop pengesahan dulu dengan pegawai dekat Jabatan Pendaftaran. Yg perempuan bawah 45 tahun ni kena ada mahram untuk kesana ok. Dan akhir sekali kad cucuk. sebelum kesana kena cucuk dulu, alahh rasa semut je. ceitt, esoknya aku demam -.- suntikan ni tahan untuk 3 tahun, so...kalau nak pi tahun depannya tak payah cucuk dah. satu suntikan RM180/orang, ada yg RM150. survey dulu ok :) ohh.. disebabkan aku tak kawin lagi, procedure mohon visa dia macam diatas ni okeyy :) pada yg dah kahwin dan pergi bersama pasangan, tambahan dokumen dia salinan sijil nikah, dan salinan sijil nikah tu perlulah dicop oleh Pegawai di Pejabat Agama. Dan korang jangan lupa passpord lah yea.

Dah ready mohon visa, baru boleh sediakan kelengkapan ke sana.

ok, sebelum aku pergi, ni la senarai barang keperluan yang aku rujuk. bab ni memang aku details sikit. Tanak tinggal walau satu! aku pergi sana bawak 5 helai jubah. Tu pun macam berlebihan sebab sampai sana mesti beli jubah. tapi, bawa 3 helai pun sudah mencukupi kalau rajin basuh.ahakss. Di Madinah dan Makkah harga dobi boleh tahan jugak. sehelai 6 dinar, anggaran RM7 lebih duit kita. haa, daripada korang hanta dobi lebih baik beli hanger dan sabun, basuh je baju. kat sana banyak kedai 2 dinar, tak bawak hanger,boleh beli. ahhaa. Untuk ubat-ubatan ni bawa je dari Malaysia, walaupun di Madinah dan Makkah, kau keluar je pintu pagar masjid terus nampak Farmasi. tapi faham je la duit Malaysia dah jatuh sekarang ni. Kita kene jimat dalam setiap aspek. :P telekung aku bawak 2 helai. Aku bawak telekung sahaja,kain tak bawak. hitam sehelai dan putih sehelai. Pakaian tidur aku tak bawak banyak pun, 2 helai tshirt dan tracksuit. sebab aku jenis tidur je dengan jubah. nampak aku jenis tak kisah sangat kan. ahhaha. Barang mandian botol kan dalam botol kecil boleh beli botol picit yg kecil tu kat kedai 2 ringgit. lip gloss dan losyen sangat penting. untuk soket di Madinah lain dari Malaysia tetapi soket di Makkah seperti di Malaysia. Tu je aku rasa keperluan yang penting2. Mini tudung,stoking kaki dan tangan tu ikut kehendak kita berapa banyak nak bawak. stokin kaki aku bawak dalam 3 helai + 6 helai beli kat sana. waktu aku pergi ni cuaca Alhamdulillah, selesa sangat. tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. anggaran suhu 20-23 celcius  di Madinah dan 25-27celcius di Makkah.


ok byee.