Pages

Sunday 7 February 2016

Umrah Ziarah Cairo.

Assalamualaikum.buat ape tewwww??

ok korang baca tajuk pun korang dah tahu aku nak update ape kan? sebenarnya dah sebulan lebih aku balik.

 "haa? sebulan lebih!!"

" yeaa cik kiahh."

Sebelum setahun, lebih baik aku post cepat2. nanti "eh, apa nama tempat aku pergi haritu" .haaa, sebelum problem ni ade cepat cepat abadikan dalam blog. gittuww. aku akan post part by part ok. harini part 1. entah setahun lagi part 2.ahakss

Part 1 aku nak cerita pasal preparation nak kesana je. Act, emak dan ayah aku rancang nak
menunaikan umrah ni dah lama. lepas aku habis STPM lagi. Tahun 2015 baru sampai seru. :P

Memang biasa sebelum pergi, orang mesti google travelog umrah semua kann? haa, samalaa macam aku. Sampai page yg ke 10 kat goole tu aku bace. Dalam you tube pun ada, tetapi pada aku, aku suke lagi baca di google feel dia lain macammm  . Video kursus umrah di you tube aku suggest korang tengok kursus dari Ust.Hariyanto. Dia explain details. Aku pergi jugak kursus umrah.. Aku tak ambil pakej dengan Andalusia, tapi aku join kursus dengan Andalusia. hahaha. Kat sana setiap ahad mesti diorang buka untuk siapa2 yang nak dengar kursus umrah. Jangan risau free je. Datang setiap minggu pun boleh :)

Dalam bulan 10 macamtu baru aku ready kan dokumen untuk mohon visa. rumit jugak yea. Benda yang perlu ada untuk mohon visa, mesti la gambar visa. ok nak tangkap gambar visa ni, tudung kena hitam. Yg aku tak tahu, best pakai tudung warna fav Dato Vida lagiii gituww. orang tu pun bukan nak bagi tau, pftttt. -.- dokumen kedua salinan sijil lahir dan kad pengenalan. dokumen ketiga salinan sijil lahir dan kad pengenalan mahram. Yg salinan sijil lahir dan kad pengenalan ni kena cop pengesahan dulu dengan pegawai dekat Jabatan Pendaftaran. Yg perempuan bawah 45 tahun ni kena ada mahram untuk kesana ok. Dan akhir sekali kad cucuk. sebelum kesana kena cucuk dulu, alahh rasa semut je. ceitt, esoknya aku demam -.- suntikan ni tahan untuk 3 tahun, so...kalau nak pi tahun depannya tak payah cucuk dah. satu suntikan RM180/orang, ada yg RM150. survey dulu ok :) ohh.. disebabkan aku tak kawin lagi, procedure mohon visa dia macam diatas ni okeyy :) pada yg dah kahwin dan pergi bersama pasangan, tambahan dokumen dia salinan sijil nikah, dan salinan sijil nikah tu perlulah dicop oleh Pegawai di Pejabat Agama. Dan korang jangan lupa passpord lah yea.

Dah ready mohon visa, baru boleh sediakan kelengkapan ke sana.

ok, sebelum aku pergi, ni la senarai barang keperluan yang aku rujuk. bab ni memang aku details sikit. Tanak tinggal walau satu! aku pergi sana bawak 5 helai jubah. Tu pun macam berlebihan sebab sampai sana mesti beli jubah. tapi, bawa 3 helai pun sudah mencukupi kalau rajin basuh.ahakss. Di Madinah dan Makkah harga dobi boleh tahan jugak. sehelai 6 dinar, anggaran RM7 lebih duit kita. haa, daripada korang hanta dobi lebih baik beli hanger dan sabun, basuh je baju. kat sana banyak kedai 2 dinar, tak bawak hanger,boleh beli. ahhaa. Untuk ubat-ubatan ni bawa je dari Malaysia, walaupun di Madinah dan Makkah, kau keluar je pintu pagar masjid terus nampak Farmasi. tapi faham je la duit Malaysia dah jatuh sekarang ni. Kita kene jimat dalam setiap aspek. :P telekung aku bawak 2 helai. Aku bawak telekung sahaja,kain tak bawak. hitam sehelai dan putih sehelai. Pakaian tidur aku tak bawak banyak pun, 2 helai tshirt dan tracksuit. sebab aku jenis tidur je dengan jubah. nampak aku jenis tak kisah sangat kan. ahhaha. Barang mandian botol kan dalam botol kecil boleh beli botol picit yg kecil tu kat kedai 2 ringgit. lip gloss dan losyen sangat penting. untuk soket di Madinah lain dari Malaysia tetapi soket di Makkah seperti di Malaysia. Tu je aku rasa keperluan yang penting2. Mini tudung,stoking kaki dan tangan tu ikut kehendak kita berapa banyak nak bawak. stokin kaki aku bawak dalam 3 helai + 6 helai beli kat sana. waktu aku pergi ni cuaca Alhamdulillah, selesa sangat. tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. anggaran suhu 20-23 celcius  di Madinah dan 25-27celcius di Makkah.


ok byee.





Thursday 23 October 2014

bercinta dalam perniagaan.

Assalamualaikum.amboiii.kemain lama saya tak update blog. Dah macam kacang lupakan kulit --' dah nak update baru terhegeh-hegeh cari. muehehe. ni kalau update je, idea mesti hilang. Time sebelum menaip, macam2 susun ayat dalam kepala. Dah jarang bukak blog, sebab selalu update dekat facebook dengan instagram je. Cepat! Sambil scroll boleh cuci mate tengok insta shop. Perasan tak, semenjak dua menjak ni famous orang post jeruk mangga asam boy. Nampak macam sedap je, even semenjak dah beso ni saya tak suka makan buah. Haha. Eh bukan nakncite pasal enaknye mangga asam boy.haha. tapi nak cite pasal ini! Semenjak ade instagram kan, banyak sangat follow insta shop yg famous macam `Calaqisha' `BellaAmmara' `Noor Neelofa' `Rina Salleh' dannn semestinya Fiska shah alam. Oh lagi satu akak maria yg famous tuuu pun tak lupa jugakk.lepas scroll2 mesti kita rasa bestnyewwwww.*plis baca gaya gedik,W banyak tu. Kita pun mesti mula berangan nak ada butik sendiri kan. muehehe.*ngaku cepat! Ok. saya mula dengan nampak ig shop mereka.lepastu terus google, bagaimana nak yakin dalam perniagaan.macam2. saya selalu refer Dr Azizan, Irfhan Khairy, Prof Muhaya. Kadang2 saya search je,tengok entry dia bagus,saya baca next entry dia pulak. Lepas dah baca macam2 rasa macam nak jugak beli barang,lepastu terus meniaga. sebelum tu tanya abang saya dulu. Dia cakap post dulu barang yg kita nak jual,jangan terus jual.haha.barang pun takda nak post apa.fikir2 2-3 minggu cakap niat yg sama nak meniaga kat mak n ayah. Ayah ok,lame2 mak pun ok.hehehehe. seronok.! Rase macam laki datang melamar.wakaka. kami stay sembang pasal berniaga. Hari2 saya google. Bukan google yg positif je, yg negatif pun same. Kalo kita tahu yg negatif, kita boleh ambil inisiatif..hew heww. Selang beberapa hari tu, time tu kat kampung bateri fone pun tinggal 2 %,nasib hidup lagi. Akak sedara call, tapi suruh dia call balik. Sembang punya sembang kami  rancang nak buat ape agak2.?? Tenenene~nak jalankan perkhidmtan print gambar menggunakan camera polaroid. Sehingga harini kami masih lagi menerima perkhidmatan print gambar anda menggunakan kamera polaroid. Seronok sebenarnye buat business nieh kan? Ok.babai.ni je entry kita untuk harini. :P disebabkanbsaya uodate guna fone*first time. Stresss tauu? Dah la kecik, yg taip betul ke salah pun tak tahu. Ruang kecil biase leteww.jari langgar jari.ok.ni la last. atas dah tulis pepanjang takkan takde motif kauu. mehehe. ok. saya menawarkan perkhidmatan print gambar anda dengan menggunakan kamera polaroid.hanya RM 10=5 keping. Manakala untuk 1 set = frame + 5 keping gambar + tali dan pengepit hanya RM 15 sahaja! Ada yg cakap, kenapa meniaga ni? Ni jawapan saya.nak beli susu anak dengan lampin anak.hahahaha.untuk menempah,wassap saya di 019-4005215 atau add FB saya Musnira Mustafa. Saya tak boleh nak tag fb,masuk gambar,saya update guna fone. noob lagi first time. Komputer meletoooop!wakaka. Plisss plisss add saya for more details.Assalamualaikum

Tuesday 20 May 2014

Bio Oil

Assalamualaikum. sihat? rindu saya tak? hihi, cakap la rindu, tanak perasan sesorang! Dah lama tak update. Nasib ingat password. blog jangan pandang slack kat saya yea, sbb dulu selalu tabur janji maniss nak hupdate selalu. tapi, tu janji palesu je. ok! harini saya nak cerita pasal bio oil. macm nak review produk je entry kalini. pernah tak korang tanye mak cik sebelah rumah, muka licin bersih pakai produk ape? pernah tak korang tanya kawan sebelah meja, bintang kat tangan hilang pakai produk ape?hihi! minggu lepas saya pergi farmasi, beli bio oil. saja nak cuba. sebab ramai yang cakap, 'fuyohh hilang, wa punya parut' . 'pergh!bio oil memang elok' ,'eh,kamu punya parut jerawat hilang,kamu guna ape?, aku guna bio oil je'. dengar macam tu memang rase mcm nak terus je pergi beli. rasa mcam dah tak sabar sangat dah! ingatkan dia untuk parut je, rupanya banyak sangat function.  

Specialist skincare for :
->Scars
->Stretch marks
->Uneven skin tone
->Ageing skin
->Dehydrated skin

Bio oil ni digunakan 2 kali sehari paling minimum 3 bulan. kena pakai dengan sabar, 3 bulan lame T_T. Yang pregnancy pun jangan risau kalau nak pakai,boleh pakai start dari awal prengnancy sehingga 2nd trimester.yg bagusnyaa dia ade vitaminn!!! Time saya beli ni, die tengah ade promotion, kiranya harga sebenarnye Rm32.00, tapi dapat Rm28.00. die ade 2 saiz, satu besar, satu kecil. yg Rm28 harga yg kecil. dia ade juga yg jenis pil, tak silap, Rm45. yg pil lagi cepat tindak balasnya.


                                                          Bio Oil (PurCellin Oil)

bubye ! tu je untuk harini, rasa mcam kejutan pada diri pulak,tetibe nak update blog! ^__^

Tuesday 18 March 2014

FEBRUARY

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera! Salam satu Malaysia.*ajet ajet berbilang kaum je bace. ok, february, merupakan bulan saya. nape? dah bufday bulan february, so,sebulan tu, bufday saya.*blink blink* bagi hadiah lambat puuun. saya no poblem ambik. hihi.



Ni la gambar saya kecik-kecik.jangan tanya, anak sapa saya jumpa, ambil tampal dalam blog -.-.ok, dulu sekarang saya sama ja.  noob. haha. waktu kecik tak boleh nak describe acane kalau bufday dah nak dekat. sekarang boleh cakap la. siap paww org, tarikk tali leherr, ajet macam hulk. seminggu sebelum bufday, dah remind abg. boleh mcmtu? bolehh~dulu-dulu, time kecik-kecik, yang ingat sampai sekarang, tengah hari panas-panas, pi meronda satu taman. tak tahu agaknye, erti panas. tak tahu erti kulit hitam kena panas. hahaha. masuk sekolah, dah jarang meronda satu taman,jarang dah naik basikal bawak laju-laju tak duduk pun atas seat. masuk sekolah rendah, pagi sekolah agama, balik sekolah agama mengaji,lepastu petang sekolah kebangsaan,malam tuisyen english. cuti-cuti baru jumpa kawan sepermainan tanya khabar, sihat ke idok. masuk sekolah menengah pula, baru jumpa hobi membaca. tapi baca novel la. haha, bagus jugak novel ni, kalau nak mengayat, ambil ayat novel yea!!ayat bombastik aja. kalau baca buku text sekolah, cemerlang engkau musnira!! ni kalau bukak buku text, lama kelamaan, buku cium muka. itu perkara normal, bancuh kopi pun,tak lepas-lepas jugak. haha. sekarang kalau tanya, siapa idoala awak?  buat masa sekarang, idoala saya, abang saya. tanak la guna teropong bubu pilih jauh-jauh. tapi kadang-kadang, biase la tu, tengok org sekeliling kita hebat pun, dah nak jadikan dia idola kan??. ehh, kembang abang bace nieh >< .


*terima kasih semua yang wish bufday saya. padahal dah sebulan lebih dah. bab update blog, memang saya paling lambat. cerita yang dah boleh jadi pekasam dah.*