Pages

Tuesday 28 February 2012

 Assalamualaikum.        

                                                         Buka ini,buka itu,
                                                 tiada yang memberi inspirasi,
                                      tatkala membaca blog mereka yang pelbagai entry,
                                      teringat pula pada karnival tempoh hari,
                                      jadi post di blog bagus juga bukan.
                                             

Hari ini rasaa teringin ingin menaip panjang.Lagipun hujan,sangat seronok la menaip.Mesti banyak ayat yang mencurah keluar dari minda  umpama air hujan yang mencurah-curah ke bumi ini..hehe..Musnira selalu on facebook dan lain-lain,tapi tak tahu menagapa malas sangat nak menaip di blog.Kalau dari pagi bawa ke petang tak ada masa.Sibuk.Tak nak jadi macam blog dulu.Tidak bertuan.Blog baru rasa lebih bersemangat lagi.Tambahan  pula jumlah pengikut blog ini dah meningkat.Terima kasih kalian.Minggu lalu,ada karnival di RTC Gopeng,anjuran Jabatan Kerajaan N.Perak.Kebetulan ada pameran Jom masuk U,jadi kami pon pergi singgah.Sesaknya.Nak cari pakir pon susah.



                                                   buah tangan dari gerai Uitm

Konfius.Ketika di gerai Uitm tempoh hari,bersembang sengan seorang abang dalam lingkungan 20- an.Kebetulan pula dia mengambil kos komunikasi.Saya amat meminati komunikasi.Pelbagai jenis soalan yang ingin ditanya tetapi ianya hanya terapung-apung di kepala umpama tiada tarikan graviti.hihihi. Apabila sudah berjumpa dengan yang pakar,lidah mesti rase terkunci..hehe, (ada pokok emas didalam nya tak pon malu-malu alah dengan abang tu :P)..Arrrggghhh!!!Saya inginkan banyak lagi info yang berkaitan komunikasi ni..Abang tu menerangkan banyak info,tapi info yang masuk dalam kepala ni hanya seciput.Info yang lain semuanya terbang dibawa angin..hihihih..Tak la,sian abang tu,sehinggakan dia seakan-akan menjerit.Gerai UiTM dekat sangat dengan pentas,kebetulan petang tu ada konsert,jadi info-info yang di sampaikan tak berapa jelas,walaupun jarak yang memisahkan hnya 3 jengkal.Ditambah pula dengan perkataan2 pelik yang dicakap,lagi la tambah tak faham..hihi..

PROGAM KARNIVAL


Tarikh   :  18 hingga 19 Februari 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa    :  9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kompleks Terminal Agribisnes Negara (TEMAN), Gopeng
Aktiviti :  Temuduga terbuka pelbagai jawatan, kaunseling kerjaya, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan.

Turut hadir:perdana menteri kita,para wartawan,personaliti tv1,chef liza,dan banyak lagi mungkin.

tak dapat tengok meraka,cuma sempat jumpa dengan chef liza.Dia sedang menjayakan sebuah program masakan mungkin..

                                          berdiri sama tinggi,duduk sama rendah,
                                                 di kedai kasut adidas di JJ pon jadi klik-klik..
                                                    lepas ke karnival ke sini pula .

inginkan info untuk kos komunikasi.sila beri info boleh..?

Wednesday 22 February 2012

AKU IALAH AKU


Subhanallah,itulah yang dikatakan syurga di bawah telapak kaki ibu.Sungguh kagum melihat ibu-ibu yang mampu menahan pelbagai jenis dugaan ketika mengandung.Besarnya jasa mereka jika dibayangkan.Pada tanggal 31.1 Isnin(1994).Emak mengandungkan aku lebih daripada masa yang dijangka.Jika dihitungkan masanya,berkemungkinan 10 hari lebih masanya.Pada 31.1.1994,emak pergi ke hospital untuk pergi chek up,doktor kata, "puan,puan sudah terlebih masa,jadi puan perlu dipaksa untuk bersalin"..itulah kata-kata yang telah dimuntahkan oleh doktor tersebut..Emak telah dimasukkan ke wad.Dengan kuasa Allah,alhamdulillah,emak terasa sakit-sakit ingin bersalin.Emak dihantar ke wad bersalin. uweeeekk!!! uwekk!!! uweeeeekkk!! tangisan pertamaku di dunia ini.Disambut pula dengan tangisan emak kerana terharu dan selamat melahirkan baby "girl" seberat 3.15(jika tidak salah),dilahirkan pada hari selasa,bersamaan 1.2.1994(3.15 a.m),di hospital Teluk Intan.Mengapa di Teluk Intan sedangkan duduk di Ipoh ?Kampung emak di Kampung gajah,kiranya emak memang sudah merancang untuk dalam pantang di kampung :).kalau diikutkan dari Kampung Gajah ke Teluk Intan memang jauh,mengambil masa sekurang kurangnya 45 minit atau lebih.Alhamdulillah,kelahiranku disambut oleh cik puan doktor(x tahu nama) dan dilawati oleh ayah,opah dan atok,opah sedara(opah chu) dan tidak lupa juga kawan kepada opah chu.Subhanallah,sungguh besar jasa ibu.setelah usia ku menjangkau angka 2 bulan,emak menghadiahkan rantai leher(harini pon masih tersangkut di leher).proses pembesaran ku yang membuatkan emakku kagum apabila sudah mula pandai menerap,merangkak,pegang botol susu,duduk,bertatih,mengajuk,dan mula untuk bercakap.Alhamdulillah.pada usia mencecah 3 tahun,perasaan ingin kan sesuatu mesti ada.jadi aku lebih suka untuk berpenampilan seperti lelaki.Aku memiliki seorang abang,dan suka untuk mengikut gaya penampilan nya.Bagaimana abang berpakaian,begitulah juga aku.Aku lebih selesa pakai seluar jeans dipadankan dengan kemeja T jenis lelaki,digayakan dengan sandal bergambar 'spiderman'dan pelbagai.Jika diikutkan,baju perempuan didalam almari hanya ada beberapa sahaja,mujur tidak suka pakai baju melayu..aku juga tidak suka untuk mencalit-calitkan bedak atau apa-apa jenis produk di muka..gaya aku yang suka berambut pendek,lincah berbasikal ke hulu dan ke hilir,main aci kejar,'police tan three'..jika diingatkan balik memang sangat kelakar.aku duduk di rumah taman,kiranya tiada hutan dan tak banyak pokok-pokok,hanya sekadar pokok bunga yang menghiasi.susah untuk bernyorok,dan jika menyorok di antara pokok-pokok bunga,mesti mudah untuk di cari,sudahlah terang dengan cahaya matahari,ditambah pula dengan hati yang terang,memang mudah untuk kantoi..jadi aku lebih gemar menyorok di dalam longkang..apabila berada dalam tu,mesti susah untuk mengesan bukan..aku memang rapat dengan jiran-jiran sini,kami main sama-sama,jarak umur pon lebih kurang shaje,muda 2 tahun,tua 2 tahun.hari meniti hari,usia ku mencecah 9 tahun aku sudah mula suka pakai pakaian yang ada cetakan-cetakan bunga,gaun dan lain2..shingga sekarang sudah menjadi fanatik sangat dengan skirt,gaun,blaus tergantung kat pasaraya-pasaraya.sungguh indah :) alhamdulillah .

ratu hati <3


mista mustafa (ayahku).

mustaqim,abangku (hero)

musta'azim(adikku)hero kedua

agar aku menjadi insan yang berguna ,aminnn :)