Pages

Monday, 3 February 2014

JANUARY

  
Assalamualaikum brado and sisto. apa khabar? sihat? haha, sebagai blogger, die kena take care tentang kesihatan pembaca. ngee~ mane la tahu, sambil-sambil baca termuntah keluar kahak hijau warna hulk tu. tu tak sihatt tu :P okey, sedut banyak oxygen dulu, untuk otak saya laju berfikir. Dah berkarat, berdaki dah ni! Eh! Bulan Januari ni bulan cuti seMalaysia untuk pelajar degree kaah?   Disebabkan kawan sebelah kampung saya cuti, so bulan January ni, bulan date kami berdua. Haha. Disebabkan asyik date berdua ja ,kita ajak keluar bertiga. kadang-kadang juga berempat.  Pikir balik, bagus bertiga dan berempat ni, kalau berdua aja, ada syaitan orang ketiga. haha. Minggu kedua bulan Januari, merupakan minggu pertama Siti Syuhaila cuti, dan merupakan minggu kelima saya cuti. Hari pertama date, pergi tesco n mydin . Hari kedua date, kami berjogging. ni kes ajet-ajet nak kurus la ni, jauh sangat pergi jogg sampai ke padang polo. tak berbaloi ok! banyak buaya darat. Semua lapar-lapar. Lebih baik jogging dekat taman bertuah, pasti kurus! , faktor pertama, anjing banyak, kalau dia kejar, paling minimum turun sekilo punya! haha . balik jongging pergi tesco lepastu terus ke naina. sebut naina semua tahu kan. restoran tempat lepak budak tasek damai.  Malam tu pulak teman siti jumpa kembar. dengan sakit kaki , gagah jugak pergi ikut. ni punca over sangat berlari. esoknya pergi Amanjaya, timbang berat, 45.5kg. haha, sia-sia berlari. dapat sakit kaki aja. berat maintain~ Hari ketiga date. Pergi McD pagi-pagi . daripada sunyi sepi pagi-pagi dekat McD sampai la, orang ramai berpusu-pusu datang untuk lunch. mood memang suam-suam sebab mengantuk sangat. semalamnya overtime stalk blog orang. haha. kali ni, ni bukan date berdua, tapi berempat, date boleh berempat? jumpe kembar, azim, arif lagi. Sabtu dan Ahad cuti, saya balik kampung. memang kebiasaan, kalau tak balik kampung ayah, balik kampung emak. Hari Selasa (27/Jan) pergi sekolah. dah cantik ok. bangganya sapa jadi penghuni Tasek Damai. kah kah kah. :P  Pergi sekolah ni pun berlima . ada jugak si kembar azim, arif.  After pergi sekolah ,kami pergi mydin. mydin bagus untuk shopping yoo, yoo. harga sangat berbaloi siapa yang suka beli baju yang nice! nice!.Meh datang mydin meh!! Esoknya keluar lagi. saya jadi orang tengah antara siti dan arif. kuang kuang kuang. kali ini kita terjah panggung pula yaa. asyik jumpa mydin aja. tapi malang , tengok wayang tak bawak spek, apa pun tak nampak. lepastu pergi gunung lang. lama dah tak pergi,walaupun gunung lang berapa minit aja dari rumah. haha. esoknya keluar dengan nurul pula!!! macam biasa, mydin mesti pergi. haha, first sekali pergi tesco, kami suka pergi tesco extra. 20 minit ja dari rumah. tak payah la pergi tesco jauh-jauh. sama jaa. muke orang aja lain. lepas pergi tesco, pergi billion. lepas pergi billion, pergi mydin. memang saja nak habis duit minyak, patah balik belakang. Mohon, nanti hasilkan minyak daripada kangkung!!. Semua orang mampu milik! Dah keluar mydin, jumpa lagi si arif ni. kali ni arif bawak geng.. ala, nape haritu, geng tak keluar dari dalam kereta!!aishh~ sampai rumah dalam pukul 8.30 malam. siti lepak rumah. sembang dengan emak. Esok pagi, siti datang rumah, ingat datang sorang, kalau sorang, cool aja kalau tak mandi. nasibb mesej, dia bagitahu dia datang bawak arif~ haha.


mydin!





yeayy! dah 20 tahun.! *overnye ai edit -.-


Dekat atas tadi , asyik bercerita pasal kembar kan. naah! ni mereka. jangan tanya mereka form berapa sudah.ngeeee~
Azim

   
Arif

haha. sorry cilok gambar. Habis dah cerita tentang bulan Januari. nanti sambung bulan Februari pula. haha, sebulan satu entry.

*nota tangan dan kaki : pengeran ahmad afif, bila la kamu nak mai, kalau ada hal, baru nak datang, orang free, tak datang-datang!! haha!


  

Friday, 10 January 2014

2013

Assalamualaikum. kenapa malas sangat nak menaip yea. Entry ni throwback tahun 2013 okey. Disebabkan sekarang ni saya pun tak buat apa-apa, duduk rumah goyang kaki saja. so, now, saya goyong jari menaip ! masa cuti ni laa masa untuk saya berblog walking. suka baca blog orang! suka tengok life orang! nampak tak macam mana kuatnya saya stalk pasal orang >< .  Disebabkan tahun 2013 saya seorang pelajar STPM, so life pelajar la kan. hihi

okey, start. 1. January

 daftar asrama. start balik belajo mcm biasa. start balik bergegas turun naik tangga asrama kalau loceng bunyi. start balik dengar orang menjerit 'aspuuuuuuuuuuuuri perjumpaan' !! 'aspuri hujan angkat kain' . aspuri jangan pergi prep! hihi :P

1/2 time bufdate~aish! sebak wey, time bufday bangun pagi dari tidur tak nampak muka emak ayah. acece.

 2/2 life di sekolah.  Kadang-kadang rasa sekolah lagi okey, tempat untuk hilangkan stress selepas jumpa kawan, semua benda dalam kepala ni keluar. Kadang-kadang, rasa asrama lagi okey, saya rasa macam tenang ja duduk atas katil ,silang kaki, sambil kaki gerak-gerak then muhasabah dirii. :)


 Terengganu! Hujung bulan 5 kalau tak silap, ini memang betul-betul release tension, relaxingggg sangat. pergi pun selepas exam sem 2. so, honeymoon suam-suam sebelum sem 3 start!!



 29/5. tebuss baucer buku. RM250 . Ni la, hadiah kerajaan peruntukkan kepada pelajar, yang membuatkan pelajar senyum dari mulut ke telinga, pipi ke mata, !! haha, kalau bagi duit, saya lagi sayanggg.lalalala

5/6 , Perlis i'm comingg. bukan senang saya nak kehulu, ke hilir macam ni. time cuti, baru saya rasa betul-betul cuti. tinggalkan rumah, then pergi bercuti. lepas cuti 2 minggu, start sem 3.



7/6 . Tahniah Aidil Syafiq!! hebat ! hebat ! kawan saya time form 3. ingat kenangan dulu-dulu pergi library Tun Razak berempat, saya, syuhaila, aidil , aizat. Pergi-pergi library tutup. maalas dah nak fikir, kami cool je. kalau balik, mesti take time kan, so kami masuk ikot celah pagar. nasibb semua kuruss. haha. study kat cafe. boleh tahan panas study kat cafe, walaupun open kaan. balik tu, tak da keluar ikut pagar, kami ikut tangga air pancut tuu. Lepas habis PMR kami tak jumpe, seingat saya la. Dia Pmr dapat 8A terus cabut pergi Maktab Tentera Sungai Buluh.  Tapi stay contact melalui FB,meseej :D  





Okey, ini hari sukan kat sekolah. tak ingat berapa haribulan. yang pasti, akhir bulan 6. Ape yang istimewa hari sukan di STMAA ni? pada saya satu sahaja yang special nya, kat STMAA ni, setiap rumah sukan, perlu buat persempahan rumah sukan ikut tema yang diberi. Saya pun tak fahaam, macm mana saya boleh terlibat perbarisan *terkejut dengan diri sendiri. Dulu masa di SMK tasek Damai, cikgu cari orang untuk wakil perbarisan rumah sukan, semakin boleh nyorok muka, mesti nyorok punya kaaan. paling tak, buat-buat sembang dengan kawan kan. hihi


PBS! inilah dugaan bulan puasa, kerja last minute!! dah nak hantar projek, baru kelam kabut nak buat.  



Sebelum ini, saya pernah post di facebook pasal gambar ini kan. Ok, now saya akan cerita. 11/9 . 11/9 tu hari rabu. macam biasa la, masyarakat yang masih bersekolah tu, faham-faham la uniform apa yang perlu pakai. tup tup, masa saya tak pakai la nak buat spotcek uniform . don't care! mungkin ramai sangat yang tak pakai uniform haritu, tu sebab cikgu bagi denda. tapi kaan, cikgu yang tak pakai, kena sekali kan best kan. hihi.


kenangan join permainan Brian Lim. pusing sekolah, redah terowong. panjat buaya. dah habis panjat semua, dah berpeluh badan ketiak semua, masuk kelas continue belajar. eloknya. baru tak ngantok. enjoy main dengan cikgu mat salleh ni. :)


Haha, ayat bunting belakang tu "Kesan Daripada Berwuduk" . kesan daripada berwudhuk muka kami ade NUR. termasuk teacher pun !! eh?  haha.


 Jamuan makan, sempena persaraan seorang guru tingkatan 6 !! Geng gosip di kelas.

* Alhamdulillah, bersyukur masih menghirup udara ini. Semenjak dah habis Stpm ni, rase macam otak dah pause pulak. haha, biasanya, masa sekolah, selalu membaca, ni harap baca novel saje. isu sekeliling jarang ambik tahu. Sebelum habis exam haritu, ini azam bulan dobelas  2013 okay, nak kerja! haha, dah masuk bulan 1 ,2014 stay je duduk berangan-angan. Angan-angan aje lebih, tapi takda satu pun tindakan kaan. Abang habis sahaja matrik, terus kerja, tapi.. saya? haha, mana la perginye keyakinan diri saya ni. tak yakin langsung untuk pergi kerja!  Nasib waktu nak masuk darjah satu, ada keyakinan nak pi sekolah. kalau takda keyakinan, tak tahulah, emak kut jadi kawan sebelah meja, teman time kat kelas. haha :)

Okey, Assalamualaikum. sambung next entry okey.!

Friday, 28 December 2012

Post -.-

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,ada juga masa untuk update sebelum masuk tahun baru.yeaaa !! cuti dah nak habis.dalam kepala ni asyik fikir pasal tugasan yang entah tarikh berapa nak lengkapnya.saya ingat cuti ini,untuk cuti. tapi ticher start bagi tugas, saya orang pertama terkejut . *eeeee,tak baik la* .disebabkan saya lapar,dan perut pon sudah dilapik dengan bantal, *bantal memang penebat tegar laaah!* saya kena taip laju-laju .minggu lepas saya baca satu buku ni,kisah pasal elektrik. habis sahaja baca , terus terjun dari katil dan terus soal google . search, (bagaimana tenaga elektrik terhasil)  .kodek . kodek . kodek . sampai urat jari bersimpul-simpul *tipu* baru jumpa ! nasib jumpa,kalau tak *off wifi. tiduuur -.-* . Nahh !. Menghasilkan Tenaga Elektrik . baca yaa.hihi,suka bagi gaya suprise.

#gambar untuk tatapaan.wkwkwkwk#
@majlis nikah with sepupu ^^ gambar 2 minggu lepas.tapi baru post tadi. tengok gambar ni,teringat pula masa ni makan roti canai.makin lapar -.-
Kebanyakan gambar kami ditangkap oleh photographer professional Hazrin Hashim . Terima kasih :)


Assalamualaikum :)
                                                         

Sunday, 16 December 2012

:)

                                                       Assalamualaikum,



waaahh!!makin rajin saya mengupdate .harini saya nak taip pasal cinta lagi la.hihiihi .haritu saya beli buku untuk sem 2, baca . baca . baca . terjumpa pulak tajuk ni * 76% remaja mengetahui pasal seks* . waah!besarnya angka ! kalian mesti pernah mendengar kata-kata ini  ''Tidak salah untuk mengetahui mengenainya,ini menunjukkan hormon kamu berfungsi ! " .Mempunyai keinginan seksual itu adalah normal tetapi ini tidak bermaksud kita harus melakukannya sebelum masanya . jika kita selidik,remaja lebih mengetahui perkara ni daripada internet , bukan? saya nak kongsi pasal benda lain,tapi lain pulak yang dicerita :p

********************************************************************************
Mencari jejaka idaman 
Ia lebih daripada sekadar wajah tampan ataupun senyuman memikat untuk menjadi suami atau teman lelaki yang baik.
Kamu tahu dialah yang sesuai buat kamu apabila :

->Dia menghormati kamu dan perasaan kamu.
->Dia berkomunikasi dengan kamu.
->Dia mementingkan keluarga dan rakan kamu.
->Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu.
->Dia menunjukkan tanggungjawabnya terhadap perhubungan kamu.

(daripada buku *tentang gadis*)
*********************************************************************************

ini sahaja yang saya nak kongsi. hihi . sikit aja pun.

 salam sayang <3