Pages

Sunday, 16 December 2012

:)

                                                       Assalamualaikum,



waaahh!!makin rajin saya mengupdate .harini saya nak taip pasal cinta lagi la.hihiihi .haritu saya beli buku untuk sem 2, baca . baca . baca . terjumpa pulak tajuk ni * 76% remaja mengetahui pasal seks* . waah!besarnya angka ! kalian mesti pernah mendengar kata-kata ini  ''Tidak salah untuk mengetahui mengenainya,ini menunjukkan hormon kamu berfungsi ! " .Mempunyai keinginan seksual itu adalah normal tetapi ini tidak bermaksud kita harus melakukannya sebelum masanya . jika kita selidik,remaja lebih mengetahui perkara ni daripada internet , bukan? saya nak kongsi pasal benda lain,tapi lain pulak yang dicerita :p

********************************************************************************
Mencari jejaka idaman 
Ia lebih daripada sekadar wajah tampan ataupun senyuman memikat untuk menjadi suami atau teman lelaki yang baik.
Kamu tahu dialah yang sesuai buat kamu apabila :

->Dia menghormati kamu dan perasaan kamu.
->Dia berkomunikasi dengan kamu.
->Dia mementingkan keluarga dan rakan kamu.
->Dia menyokong impian dan matlamat hidup kamu.
->Dia menunjukkan tanggungjawabnya terhadap perhubungan kamu.

(daripada buku *tentang gadis*)
*********************************************************************************

ini sahaja yang saya nak kongsi. hihi . sikit aja pun.

 salam sayang <3

Friday, 14 December 2012

KIMIA CINTA

Assalamualaikum,

aummm chiaaak.alhamdulillah,harini saya ada masa untuk menaip diblog.dua hari lepas,saya buka-buka laci untuk mencari saya punya fail. semua saya selongkar, sehingga saya terjumpa sebuah buku ni . buku mengenai gadis , *Tentang gadis* . buku ni saya dapat masa saya mengikuti satu ceramah anjuran kotex. banyak sangat info dalam ni.waktu baru-baru dapat ,saya hanya tengok sekali imbas,baru semalam saya katamkan.kenapa entry tajuknya Kimia cinta? benda ni lebih complicated dari kimia yang saya belajar selama 2 tahun tu tau *Eh? okey,jum belajar kimia :)

"KIMIA CINTA"

Dopamin kata "Saya Gilakan Awak!"
->Jumlah yang kecil boleh memberikan kamu perasaan 'high'.
->Dengan dopamin,kamu mula hilang selera makan.
->Dopamin membuat kamu lebih bertenaga seolah-olah kamu boleh lakukan segala-galanya.

Serotonim kata "Saya angaukan awak!"
Tahap serotonim yang rendah boleh membuatkan kamu kerap memikirkan si dia sepanjang masa.

Oksitosin kata "Saya Pasti Kekal Bersama Awak!"
Oksitosin dibebaskan melalui otak apabila kegilaan dan asmara asyik bercinta bertukar dan perhubungan yang lebih serius mula terbentuk.

KEKALKAH KAMI HINGGA AKHIRNYA?

beza antara cinta dan nafsu :

cinta :
*hadir dengan komitmen dan keserasian mendalam terhadap pasangan.
*tiada tekanan untuk kamu melakukan perkara yang kamu belum bersedia.

nafsu:
*apabila kamu asyik berfikir mengenai aktiviti seksual dengan pasangan.
*fokus terhadap fizikal dan seksual .

thanks to reading :)



Friday, 16 November 2012

tahajud cinta :)

assalamualaikum ,


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


aku berjalan kemas,dan menuju ke komputer . ingin menaip blog memerlukan mood yang baik .angin kipas panasonic yang gantung di siling membuatkan aku menjadi lebih selesa untuk menaip panjang diblog. aku membetulkan kedudukan aku,agar menjadi lebih selesa. okey-okey,harini saya nak tulis entry about Toh muda .kenapa tajuk entry tahajud cinta ? saya sukakan benda yang indah-indah dan comel-comel .

8.5.2012,tarikh daftar stpm . saya daftar dijalan tasek . semalamnya, saya berjumpa dengan kaunselor saya ..

*alarh mesti dia bangga ,upload gambar dia * . oh, dia dapat 3 tawaran ,matriks,stpm aliran sains dan diploma in metallurgy engnering. pemilihan yang tepat amat memerlukan sebernanya. untuk masa akan datang kaaan :)

3 minggu saya bersekolah di jalan tasek. 2 minggu sesi orentasi, dan seminggu p&p seperti biasa . sebelum tu,saya ada tanya pada cikgu di jalan tasek, dia kata ''kebiasaannya budak aliran sains can carry akaun'' .. seriuse selepas dia cakap,saya rasa berkeyakinan.minggu hadapannya saya berpindah sekolah . okey ,terima kasih kepada yang memberi hadiah . saya simpan elok-elok .sebelum masuk stpm ,saya dapat tawaran diploma,jika difikir, diploma yang mengambil masa 3 tahun untuk habis, buang masa kaan? 
tanggal 12.6.2012 , heee!!!rasa benci sangat dengan tarikh ni. pendaftaran di sekolah baru. before tu,saya perlu berjumpa dengan pengetua . okey, saya masuk ke ruang biliknya ditemani dengan emak saya . seriuse rasa nak menangis . setiap butir kata yang dikeluarkan sangatlah memedihkan :( before dia bertanya banyak dia tengok saya punya surat permohonan pindah sekolah . dalam tu, ada subjek yang saya ambil . dia sangat membangkang saya ambil akaun :(

dialog ##

she : awak ambil kos akaun? kenapa ambil akaun ? awak takda basic ? awak tahu tak , dalam kelas akaun,semua murid cina, awak mahu ke bersaing dengan mereka

saya terus diam, saya down sangat masa tu, serius kata,air mata dah bertakung. butir-butir putih jernih mengalir,cuma speed die tak tahap maksima. saya badmood ! dia persoalkan soalan tu berkali-kali sehingga soalan yang disoal aku kupaskan dengan sempurna .dan dia bangkang lagi ''awak punya BM dan sej A ,kenapa tak mahu ambil kelas sejarah'' . saya menjawab tenang ''saya lebih meminati kelas akaun cikgu '' . ''maths dengan add maths lain dari akaun awak tahu'' . saya pandang bawah, dan mengeluh panjang.selepas semunya selesai,saya daftar kelas , tapi saya tak continue belajar pon,daftar hari isnin, hari rabu saya masuk kelas . jadi dua hari saya ponteng . petang selasa tu, daftar asrama ,masa daftar ,emak tolong kemas semua . emak sudara pon ada :)  tangkap gambar dengan budak dorm . berkenalan ,sembang-sembang dengan mereka .lepastu hantar emak balik . alahai..masa tu,masa riadah ,seriuse kata lepas emak balik rasa macam tanpa hala tuju . lepas emak balik, saya pergi solat ,then turun balik,sebab tengok dalam dorm takda orang,tak berani tinggal sorang-sorang . turun-turun ,tetembung dengan seorang ni, memang dah tahu dia lower six sebab dia pakai kain hitam . habis riadah pukul 6.6.30 makan . saya bersiap untuk pergi sembahyang maghrib dan pukul 9.30 prep . masa prep ada sesi perkenalan untuk pelajar baru . saya perkenalkan dengan ringkas,yang lain mereka tanya , haih siap tanya result dari upsr lagi yea . minggu pertama tu kami tak balik, sabtu tu emak datang , selepas makan tengah hari , dalam pukul 2.00 petang ,kami pergi ke kelas untuk mengecat , dan dalam pukul 4.30 emak sampai ,hehe ,baru 3 hari masuk asrama. sepanjang duduk asrama , ada sahaja ,boleh dikatakan setiap minggu datang , hantar itu , hantar ini . terima kasih yeaa :) hari ahad minggu pertama,kami pergi masjid ada forum selepas isyak, selesai forum pukul 10.30 malam .minggu hadapan nya sekolah dan balik rumah cuti . minggu berikutnya begitu, 2 minggu balik ,2 minggu balik . minggu berikutnya emak,ayah n adik datang makan tengah hari .ajak kawan makan sekali. tanggal 31.8.2012,tepat jam 12.00 asrama buat ambang merdeka . alahai , serius best sebab ada persembahan dari junior . yang lelaki berlakon jadi perempuan , sangat berbakat ! petang 30.8 tu kami membuat persiapan untuk esoknya ada jamuan hari raya . budak asrama menyediakan bahan untuk masakan . sambil dengar adik khusyairi menyanyi . okey-okey , 3 minggu kami tidak balik, asrama ada buat ''asrama terbuka'' . pertandingan ni bertemakan kemerdekaan dan raya . bertandingan antara dorm . kiranya , ahli dorm bebas ingin buat macam mana . okey ,yang ni memang funny , ada dorm yang tumbangkan locker dan baca yassin ,ala-ala orang meninggal . haha , tapi i think , tak perlu buat sedemikian . dorm saya menang *uoulsss,dorm i menang,first place okey * kami melawat dorm lelaki,okey lebih bertemakan muzium , konsep hari raya tak banyak . dorm saya,saya buat dangau,bentangkan tikar dan hidangkan kuih raya,air dan juga buah,disebelahnya pula kami sandarkan lemang,ala-ala lemang sedang dibakar . dan kami buat satu khemah menggunakan khemah askar,itu tanda perjuangan,ada juga bukan konsep kemerdekaan . sangat enjoy haritu .saya pergi dorm lelaki, ada pulak lelaki ni pakai baju perempuan dan digayakan dengan tudung bawal .seriuse opocoottt.lelaki tu pulak jadi penyambut tetamu.pergi dorm perempuan ni pulak,dia berlakon jadi askar mula-mula dari jauh nampak dia bersembang,dah dekat tiba-tiba mati.aduhai..ada pulak dorm yang buat pengantin.mereka tidak faham syarat-syarat pertandingan. sebenarnya pertandingan ni bukan berdasarkan lakonan,tetapi berdasarkan hiasan dorm .lepas pertandingan dorm,kami ada pertandingan futsall,tapi saya takda story about this,because i tak join. saya outing . saya rasa dorm saya dapat trmpat kedua . dalam awal bulan 9 kalau tak silap,sekolah ada buat jualan.okey .seronok .kami masak burger. tapi time ni kami tak begambar pon . okey , minggu sebelum pmr ,khamis sebelum tu, ramai pelajar perempuan kena histiria . mula-mula budak depan kerusi kena,tapi belum lagi kategori tak sedar,dia cuma tecungap-cungap macam sesak nafas.saya elok hadap dia dengan muka penuh simpati tiba-tiba je menjerit.memang aku menangis kat situ jugak la.seriuse tekejot. time tu dia pon dah meronta-ronta.ramai lagi,tapi saya rasa,lebih baik la selamatkan diri .ehem . ehem .tak suka la kalau perempuan kena macam tu laki tengok .hishh!! minggu sebelum exam tu,kami ada bbQ , semua murid handle n last day jamuan asrama :)

itss all about you, ninja asrama .thank you to eberiting,laksa,burger,lagi-lagi,cummy semua :)

                                                  tulisan cina tu tulis apa? *teka-teka **




*********************************************************************************
sepanjang duduk diasrama ni,berus,pencuci muka hilang i boleh sabar tau youaaalllsss , tiba-tiba cermin mata hilang . seriuse sakit hati . saya rabun teruk ,kalau sikit-sikit ,tak apa laa..sebelum cuti ,baju superman kena peluntur,seriuse rasa sakit hati,bagi pinjam tak hargai :( assalamualaikum,continue lain kali ,lots of love <3



Sunday, 1 April 2012

Don't be sad sayang!!

Assalamualaikum

keputusan

       saya luangkan masa hari ini buka blogger.com. .harap boleh post entry . tak nak lah, taip separuh dan simpan didalam draf .

sesudah pegang slip keputusan . suka . duka . kecewa . kenapa ? adakah kerana keputusan yang amat membanggakan ? atau mengecewakan ?

saya duduk dan menjawab tenang, Allhamdulillah . Alhamdulillah . syukur . syukur dan syukur . itu sahaja perkataan yang mampu saya lontarkan untuk menjawab semua soalan yang mereka tanya . bukan kerana tidak mahu berterus terang untuk menjawabnya , tetapi perkataan itulah yang harus saya dahulukan sebelum menulis yang lain.Sehingga harini saya masih menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.

 Mana kaunselor .

 mana kaunselor .

sesudah mendapat keputusan,mata mula mencari-cari . pandang di setiap sudut .kiri dan kanan .depan dan belakang .
arghhh..kecewa :( ..

dirumah . isi borang ini . isi borang itu . sambil mengisi borang ,sambil membalas chatting rakan di facebook.

diolog :

A:jgn malu kerana ckit msalh.
  • mster chef ingat!
  • dar doktor jadi chef.

    Me :hehehe
    • itu doktor
    • kamu fizik gan kimia ape?

      A :
      ex pelajar smktd amek form 6 kt jalan tsek got 4a in stpm

      Me : mak pon cakap ambil form 6
      • kite lemah bi..ketahuilah

        A :
        ha. da ketahui.
        • biasa, mungkin xdpt point or pintu hati xterbuka untuk mnerima bahasa.
        • ingat english hanya bahasa !!!
        • sama sahaja dengan bahasa melayu.
        • pelajarilah english agar kita sebagai islam tidak mudah ditipu.
    • dont be sad

                                                                                 * * * * * * * * * * * * * *    
      status dari perunding motivasi :
      Lupa nak cakap kepada adik-adik SPM2011 yang tak skor,
      janganlah sedih-sedih.
      Abang Hilal dulu dapat 3A jeh kalau nak tahu.
      ----------------------------
      Rendah dalam SPM, tidak mendefinisikan anda.
      Hidup ini luas dan besar,
      jangan sempitkannya semata-mata di lubang SPM.

      Kenali potensi anda,
      dan terokai!
                                                                                * * * * * * * * * * * * * * 

      mungkin jiwa-jiwa itu takut terhadap sesuatu,

      padahal dalam sesuatu itu terdapat jalan keluar seperti


      ikatan tali yang lepas.


      okey.masa tak mengizinkan saya untuk menaip panjang. ayuhhh tidur. jam pon menunjukkan angka 4.10 a.m ..
      kejarlah cita-cita sehingga mencecah ke bintang :)

      jom tidur .